Bukan sebab komplikasi akibat suntikan vaksin Covid-19

0
2

POLIS menafikan kematian seorang anggotanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang awal pagi tadi, berpunca daripada komplikasi akibat suntikan vaksin Covid-19. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata dakwaan yang tersebar di Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa anggota polis itu meninggal dunia selepas mengambil suntikan dos kedua vaksin, tidak benar. 

Sebaliknya, beliau berkata polis masih menunggu siasatan dan hasil keputusan bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Kajang. 

“Kita sedang menyiasat berita palsu yang tersebar itu dan menyarankan kepada semua pihak di luar sana supaya tidak membuat spekulasi yang tidak benar mengenai perkara itu sehingga boleh meresahkan orang ramai,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Tular di media sosial berita kematian seorang anggota polis wanita berusia 42 tahun yang didakwa selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19. 

Menerusi maklumat tersebar itu, Koperal Rozaimazura Che Yaacob, dari Bachok, Kelantan dikatakan mengambil suntikan dos kedua vaksin berkenaan, Rabu lalu. 

Rozaimazura dikatakan mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke Hospital Kajang, sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.40 pagi tadi. – Malaysiapost

Foto Kredit: Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here