Lebih 430,000 individu lengkapkan dua dos suntikan vaksin

0
2
vaksin covid pkp

SERAMAI 434,301 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 671,589 individu telah menerima dos pertama, menjadikan keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini adalah 1,105,890.

Menerusi satu infografik dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 93,829 diikuti Kuala Lumpur (73,266), Sarawak (67,427), Johor (63,295) dan Sabah (55,734).

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor melibatkan 61,662 diikuti Perak (48,607), Sabah (42,972), Kuala Lumpur (37,962) dan Pahang (33,080).

Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam adalah sebanyak 8,834,823 atau 36.40 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi membabitkan 2,333,514 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here