Alasan tak logik, di sebalik niat darurat

0
2

Razlan Rafii

[Sudut Pandang] MEMBACA komen-komen dari Netizen, ramai yang membangkitkan “ketidakyakinan” terhadap alasan yang Perdana Menteri berikan berkanaan soal Proklamasi Darurat.

Ada banyak alasan yang diberikan berkenaan pengambilan hospital swasta dan lain-lain berkenaan tatacara menyelesaikan pendemik tidak masuk akal bagi pemikiran rakyat yang waras.

Rakyat makin nampak jelas alasan ini tidak logik kerana kemudahan hospital, tentera dan lain-lain sudah boleh digunakan tanpa istihar darurat.

Rakyat faham bahawa Darurat Perikatan Nasional dilakukan hanya kerana mahukan Kerajaan ini kekal berkuasa tanpa berhadapan dengan pihak pembangkang di Parlimen”.

Mendaulatkan undang-undang” adalah kepercayaan dan keyakinan bahawa Perlembagaan Negara mesti di patuhi dan ditaati.

Apabila darurat dilaksanakan, Perlembagaan secara langsung telah gantung, kerajaan tidak yakin dengan apa yang tertulis di dalam Perlembagaan.

Kepercayaan rakyat bukan boleh dipaksa-paksa, rakyat merasakan mereka ditipu apabila Perdana Menteri memberikan alasan kebudak-budakan, rakyat Malaysia tidak ada tempat mengadu, wakil rakyat sudah tidak berfungsi, wakil rakyat ditutup mulut.

Dalam jangkamasa Darurat di lakukan, RM600,000,000,000.00 atau RM600 Billion telah dibelanjakan.

Rakyat hanya mengetahui angka ini, tidak ada siapa yang memberi penjelasan malah apabila Parlimen digantung, setiap perbelanjaan boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa ada tatacara yang jelas.

Kerajaan PN hanya memberi angka tanpa pecahan. Kerajaan PN dikatakan melaksanakan Perolehan Kerajaan sesuka hati, kepada mereka yang mempunyai kepentingan, ada yang bertanya apadia “Jana Wibawa” atau nama-nama kontrak yang sedang berlegar diagih-agihkan dikalangan mereka yang punyai kepentingan rapat dengan Kerajaan PN. Dimana untuk bertanyakan soal ini?

Perdana Menteri tidak boleh sekadar meminta rakyat memahami niat Darurat, PN mesti lebih proaktif berkongsi apa yang sedang dilakukan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Apakah inisiatif yang telah dilakukan, adakah sekadar agihan kontrak kepada sekumpulan yang mempunyai hubungan dengan kenalan Pejabat Perdana Menteri untuk menjadi lebih mesra agar tidak dibangkitkan waktu darurat ini.

Rakyat semakin ditekan kehidupan mereka dengan suasana ekonomi yang semakin meruncing, pekerjaan semakin mengecil, yang diberhentikan tidak diambil bekerja lagi, simpanan semakin mengurus, tindakan syarikat asing keluar dari Malaysia, ia tidak diambil peduli oleh kerajaan PN, semakin leka dan rancak berpolitik.

Jangan salahkan rakyat apabila mereka melepaskan amarah mereka di Media Sosial, malah ada yang sudah berani menjerit memaki Perdana Menteri di khalayak ramai, rakyat susah, dengan siapa mereka mahu mengadu? – Malaysiapost


Penulis ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno


(Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis, tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here