Covid-19: Kadar kebolehjangkitan terus melonjak

0
2

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (Rt) mengikut kes seharian di seluruh negara semalam terus melonjak kepada 1.17.

Ia meningkat 0.03 berbanding semalam susulan peningkatan semula kes jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan data dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Terengganu menunjukkan kadar RT tertinggi iaitu 1.49.

Ini diikuti Kelantan dengan 1.35, Putrajaya (1.25), Sabah (1.24), Sarawak (1.19), Kuala Lumpur (1.15), Melaka (1.11), Perak (1.07), Kedah (1.05), Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing 1.04 manakala Selangor (1.03).

Lain-lain negeri dan wilayah bagaimanapun masih berada di bawah angka 1.0 dengan Pulau Pinang terendah iaitu 0.89. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here