Bazar Ramadan Kampung Baru kembali meriah

0
2

Najamuddin Mohd Nor

BAZAR Ramadan Kampung Baru, Kuala Lumpur ibarat mati hidup semula setelah sepi setahun yang lalu kerana perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ramadan tahun ini menyaksikan bazar Ramadan yang terletak di sepanjang Jalan Raja Alang itu kembali meriah dengan para peniaga yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa.

Bagi warga kota, kemeriahan berpuasa ibarat tidak lengkap jika tidak berkunjung dan membeli juadah di Bazar Ramadan Kampung Baru.

Sebut sahaja juadah apa, pasti tidak menghampakan kita. Daripada sekecil-kecil juadah seperti ondeh-ondeh, murtabak, roti john, nasi tomato hinggalah kepada kambing bakar dapat dibeli di Bazar ini.

Tinjauan Malaysiapost mendapati penganjur Bazar Ramadan Kampung Baru berusaha keras memastikan para peniaga dan pengunjung mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penganjur telah memperuntukkan enam orang petugas di sepanjang jalan Bazar Ramadan dan sering mengingatkan pengunjung menerusi pembesar suara agar menjaga penjarakan sosial dan sentiasa memakai pelitup muka.

Selain itu semua laluan masuk ke bazar ini dikenakan kawalan ketat dengan pengunjung wajib mengimbas aplikasi MySejahtera.

Rata-rata peniaga yang ditemui melahirkan perasaan bersyukur dan teruja kerana dapat mencari rezeki berniaga di sini tahun ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here