KDN akan keluarkan arahan berkaitan penggunaan kalimah Allah – Hamzah

0
2

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan arahan pentadbiran berdasarkan akta yang terkandung di bawah kementerian itu berhubung pengunaan kalimah Allah.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kalangan bukan Islam.

Beliau menjelaskan, arahan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada rakyat berhubung pengunaan kalimah Allah.

“Arahan itu sesuatu yang dikeluarkan dari semasa ke semasa berbentuk pentadbiran yang dilakukan seperti biasa. Kalau isu dari segi mesin cetak kita guna akta yang ada.

“Supaya isu pengunaan kalimah Allah ini… pengunaannya di mana tempat (dibolehkan) supaya isu ini selesai. Untuk beri kepastian serta pemahaan tentang pengunaan kalimah Allah,” katanya.

Beliau membuat kenyataan itu ketika sidang media selepas program wacana meja bulat yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.

Hamzah berkata, program wacana meja bulat hari ini membabitkan perbincangan dengan bukan Islam iaitu wakil agama Kristian, Hindu, Sikh termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Jelasnya perbincangan tersebut tidak membincangkan tentang keputusan yang telah dibuat mahkamah berhubung isu kalimah Allah.

Pada 15 Mac lalu, kerajaan dan KDN memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan penganut agama Kristian bagi tujuan pendidikan.

Perkara berkenaan disahkan Peguam Cara Negara, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi media sebelum ini.

Berdasarkan salinan notis rayuan yang diperoleh media, notis berkenaan difailkan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan di Mahkamah Tinggi.

Pada 10 Mac lalu, Hakim Nor Bee Ariffin, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan tiga pengisytiharan deklarasi oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill.

Mahkamah turut memutuskan selain kalimah Allah, tiga lagi perkataan yang dibenarkan dalam penerbitan bahan agama Kristian ialah Kaabah, Baitullah dan solat

Sementara itu, Hamzah ketika ditanya mengenai arahan berkenaan sama ada ia bersifat garis panduan atau sebaliknya.

“Ada perkara arahan ada perkara garis panduan,” kata beliau.

Hamzah menjelaskan, arahan itu bertujuan untuk menamatkan polemik mengenai pengunaan kalimah Allah serta memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama terpelihara.

Sementara itu mengulas mengenai pertukaran pengawai kanan polis yang kembali lancar selepas ditangguhkan pada 9 April lalu, Hamzah berkata sebarang keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ia perlu diterima badan itu.

“Sesuatu keputusan perlu melalui SPP. Kalau SPP lulus (pertukaran) ia patut diterima PDRM,” jelasnya.

Selain itu, ditanya mengenai isu pengawai peribadi dibelasah kerana berpuasa, Hamzah berkata dia telah mengarahkan siasatan rapi dilakukan dan tindakan tegas akan diambil jika terbukti seperti dakwaan.

Terdahulu, lelaki yang ditahan kerana menampar, memukul dua pengawal peribadinya yang berpuasa selain mengacu pistol ke arah mereka, direman selama tiga hari mulai hari ini.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah yang memaklumkan suspek berusia 43 tahun itu kini berada dalam tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/29/munaqasyah-kedua-isu-kalimah-allah-dua-minggu-lagi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here