‘Kebanyakannya ramai munafik’ – Sajat

0
2

USAHAWAN kosmetik sensasi, Nur Sajat sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan mendakwa kebanyakan individu bersifat munafik.

Kenyataan itu dinyatakan Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, menerusi Instagramnya.

Selain itu, Sajat yang masih ‘menyembunyikan’ diri daripada diberkas pihak berkuasa turut mendakwa sesetengah individu yang mempunyai ilmu agama menganggap diri mereka bagus.

“Biarlah tiada agama daripada ada agama, rasa diri itu bagus dari tak pernah buat dosa. Kebanyakannya ramai munafik. Manusia bertopengkan syaitan.

“Orang agama yang minta sangat aku jauh dari agama Islam. Lagi aku pertahankan, lagi mereka buli aku. Orang-orang acah alim, semua sibuk maki, hina, herdik dan beri sindirian yang menghina.

“Aku dengan cara aku dan aku tak percaya mana-mana dah. Bagi aku semua itu karut,” tulisnya di Instastory.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang memburu Sajat susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sajat dikenakan waran tangkap tanpa jaminan selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya sejak Februari lalu.

Namun usaha itu gagal apabila Sajat dilaporkan melarikan diri ke negara jiran.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, namun beliau tidak menyatakan negara dimaksudkan.

“Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/06/sajat-lolos-ke-negara-jiran/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here