Rakyat sudah masak tipu helah DAP – Annuar Musa

0
2

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyatakan rakyat di negara ini sudah masak dan memahami tipu helah yang digunakan DAP.

Perkara itu diluahkan Annuar di Twitternya yang mendakwa DAP perlu mencairkan sifat kecinaannya bagi meraih sokongan orang Melayu yang jelas bukan naluri sebenar parti itu.

“Pengakuan pemimpin DAP tentang sifat DAP yang mereka perjuangkan telah lama rakyat fahami.

“Walau beberapa kerat (pemimpin) cuba menafinya, namun itulah hakikat dan realitinya,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu menerusi Twitter, hari ini.

Bagaimanapun, bekas Setiausaha Agung Umno itu tidak menamakan siapa pemimpin DAP yang dimaksudkan beliau.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew menjelaskan parti itu tidak boleh dibataskan hanya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu menegaskan, DAP perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu lain tetapi tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri sebagai parti bukan Cina.

Kenyataan Liu itu mendapat kecaman daripada beberapa pemimpin DAP sendiri seperti Hannah Yeo, Anthony Loke dan Tony Pua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here