PENAMPILAN terbaru aktres jelita, Datin Lisa Surihani nyata memukaukan mata yang memandang.
Meskipun tampil dengan imej menutup aurat, keanggunan isteri kepada Datuk Yusri Abdul Halim tidak luntur, malah Lisa kelihatan lebih berseri-seri.
Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Lisa telah memuat naik foto dirinya yang duduk di kerusi juri dalam sebuah program baru yang bakal bermula pada 16 April ini di Astro Warna.
Lisa yang mengenakan busana dan hijab yang berwarna oren tampak begitu anggun walaupun dia hanya mengenakan solekan yang nipis di wajahnya.
Penampilan Lisa ibu kepada dua orang anak itu secara keseluruhan menarik perhatian ramai terutamanya peminatnya.
Bukan kerana pakaiannya menjolok mata atau digayakan secara berlebihan tetapi kerana Lisa nampak lebih muslimah dan menutup dalam berpakaian.
Lisa juga berkongsi sedikit tentang program baharu yang bakal menggandingkan pelawak, pendakwah dan motivator dalam satu pentas yang sama.
Lisa Surihani merupakan antara salah seorang juri yang bakal sama-sama menjayakan program tersebut sepanjang Ramadan ini.
Meninjau komen daripada posting yang dikongsikan, ramai rakan-rakan artis serta peminat-peminat Lisa memuji kecantikannya.
“Cantiknya penampilan…”, itulah yang dikatakan kebanyakan mereka.
“Makin berseri-seri…”, selain itu ada juga yang mengatakan bahawa Lisa Surihani dilihat semakin berseri-seri. – Malaysiapost

