Covid-19: 17 kes varian Afrika Selatan jangkiti kes tempatan

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sejumlah 17 kes positif Covid-19 jangkitan tempatan merupakan varian South African B.1.351.

KKM memaklumkan, setakat ini, analisis filogenetik serta hubung kait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama.

“Sejak 3 Februari 2021, Variant of Concerns (VOCs) mula dikesan di Malaysia di mana dua kes pertama varian UK B.1.1.7 telah dikesan melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangasa (PMA). Saringan di PMA seterusnya mengesan dua kes varian Nigerian B.1.525 pada 5 Mac 2021.

“Pada 18 Mac 2021, varian South Afican B.1.351 pula telah ditemui di kalangan dua kakitangan syarikat yang berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kluster Jalan Lima serta satu kes masing-masing dari Kluster Kebun baru dan saringan kontak rapat.

“Bagi mengesan sejauh mana penyebaran lineage B.1.351, lebih banyak kes-kes di kawasan geografi yang berdekatan termasuk daerah Kuala Langat dan daerah Sepang telah dijalankan turutan jujukan genom penuh,” kata KKM dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/19/covid-19-varian-baharu-afrika-selatan-lebih-mudah-menular/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here