Orang ramai, peniaga diingatkan patuh SOP di bazar Ramadan – Polis

0
3
jual beli pasar pkp bazaar

ORANG ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa memantau lokasi-lokasi bazar Ramadan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP.

“Selain itu, peniaga juga perlu bertanggungjawab dalam memastikan pengunjung premis mereka sentiasa mematuhi SOP ketika urus niaga iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mengimbas kos QR aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana individu yang gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan aktiviti bazar Ramadan dijalankan sepanjang bulan puasa ini.

Namun beberapa negeri bertindak mengambil langkah membatalkan kebenaran itu susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri berkenaan termasuk Sabah dan Kelantan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/13/hari-pertama-bazar-ramadan-tak-patuh-sop/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here