Pemuda sedia khidmat ‘kejut sahur’ secara percuma

0
3

SEORANG pemuda dari Magelang Jawa Tengah, Indonesia kini tular di media sosial Indonesia apabila menawarkan perkhidmatan ‘kejut sahur’ menerusi panggilan telefon sepanjang Ramadan ini.

Khoirul Anam mempromosikan perkhidmatannya itu di akaun Instagram @anam_chenel bermula Isnin lalu.

Perkhidmatan unik itu mendapat perhatian netizen dan Khoirul berjaya memperoleh seramai 11 pelanggan buat pertama kalinya.

“Pada puasa pertama, ramai yang hubungi saya untuk bantu kejutkan bersahur. Anggaran dalam 11 orang.

“Bagaimanapun hanya tiga orang sahaja mengangkat telefon, selebihnya masih lena. Saya telah hubungi mereka sebanyak tiga kali, jika tidak bangun, saya hubungi orang lain,” katanya seperti dilaporkan portal Tribunnews.com

Menurut Khoirul, perkhidmatannya itu adalah percuma di seluruh Indonesia.

“Saya memang lakukan secara percuma, kalau mengenakan bayaran bimbang saya tertidur. Kalau percuma sama-sama tidak rugi.

“Saya akan hubungi mereka bermula jam 2 pagi hingga waktu imsak dan ingin saya tegaskan, ia hanya dilaksanakan sepanjang Ramadan sahaja,” katanya.

Dia gembira usahanya itu mendapat sokongan ramai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here