SEORANG seniman dari Brooklyn, Amerika Syarikat memfailkan tuntutan AS$5 juta (kira-kira RM20 juta) terhadap chef terkenal, Nusret Gokce atau dikenali sebagai ‘Salt Bae’ di sosial media.
Memetik Daily News, tuntutan saman itu dilakukan selepas William Hicks mendakwa personaliti media sosial berkenaan dikatakan menggunakan karya seninya tanpa kebenaran.
Hicks dan rakan senimannya, Josphe Lurato ditugaskan oleh Gokce untuk menghasilkan mural di restoran milik lelaki berketurunan Turki itu.
“Lukisan dinding berkenaan memaparkan aksi Gokce menabur garam yang amat popular di seluruh dunia,” menurut saman di peringkat mahkamah persekutuan di Manhattan pada Isnin.
Hasil seni pertama dipamerkan di restoran stik Gokce di Miami manakala karya lain iaitu mural stensil dipaparkan di restoran Doha, Dubai dan New York.
Bagaimanapun, perkara tersebut disedari oleh Hicks pada awal 2020, bahawa Gokce menggunakan imej berkenaan di seluruh dunia termasuk papan tanda digital, menu, pengelap, pek makanan dan label perasa. – Malaysiapost
Foto Kredit: Newscom

