Kestabilan faktor utama BN bertahan dalam jangka panjang – Ahmad Maslan

0
3

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kestabilan rakyat pelbagai kaum adalah formula Barisan Nasional (BN) mampu bertahan mentadbir negara dalam jangka masa lama.

Beliau berkata, sejak tertubuhnya negara ini, Malaysia ditadbir empat model kerajaan termasuk BN yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan.

Katanya, BN telah memegang tampuk pemerintahan selama 63 tahun, Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 22 bulan, Perikatan Nasional (PN) 10 bulan manakala sejak Januari tahun ini negara ditadbir oleh kerajaan Darurat.

“Antara keempat-empat kerajaan, BN adalah yang paling lama bertahan.

“Mengapa BN bertahan begitu lama? Sebab kestabilan bersama rakyat pelbagai kaum adalah formula utama,” katanya di Twitter.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, kerusi yang banyak dimenangi menjadi magnet besar menarik komponen parti-parti yang lain menyertai BN.

Pada Mac tahun lalu kerajaan PN tertubuh dan akibat daripada penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan kerajaan memutuskan agar Ordinan Darurat dikuatkuasakan bermula 11 Januari hingga 1 Ogos ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here