Covid-19: Pembukaan Masjid Razaleigh ditangguh

0
3

MASJID Razaleigh di Bandar Lama, Gua Musang, yang sepatutnya dirasmikan 29 April ini, ditangguhkan pembukaannya susulan kes di Kelantan meningkat.

Penangguhan masjid yang reka bentuknya menyerupai Masjidilharam di Makkah itu bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai khususnya ahli jemaah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata mengikut perancangan awal, masjid berharga RM32 juta itu sepatutnya dibuka pada 29 April ini sempena Nuzul Quran.

Katanya, perbincangan diadakan bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah minggu lalu berkenaan penangguhan tersebut.

“Tengku Razaleigh berfikir panjang berhubung keselamatan orang ramai apabila masjid itu dibuka dalam keadaan penularan Covid-19 sekarang.

“Kita memahami orang ramai tidak sabar menunaikan solat terutama solat Tarawih di masjid yang lebih selesa itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Namun, jelas beliau, masjid moden dan canggih itu tidak menjadi halangan kepada kunjungan pelancong yang singgah di situ untuk merakamkan foto kenangan.

“Kebanyakan pelancong yang melawat masjid itu kagum dengan keindahan reka bentuknya yang unik dan hampir sama dengan Masjidilharam di Makkah,”katanya. -Malaysiapost

Foto Kredit: Facebook Maafsebut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here