Baik pulih sekolah terjejas ribut perlu disegerakan – Rina Harun

0
2

KEROSAKAN 10 sekolah di kawasan Parlimen Titiwangsa akibat ribut semalam perlu dibaik pulih segera supaya tidak mengganggu proses pembelajaran murid.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata beliau sudah meninjau sendiri kerosakan yang dialami kesemua sekolah terbabit.

Menurutnya, daripada 10 sekolah yang terkesan, enam daripadanya adalah sekolah rendah dan empat lagi sekolah menengah.

“Banyak juga kerosakan yang berlaku, antaranya bumbung tercabut serta keadaan bilik darjah yang amat memerlukan kerja selenggara dengan kadar segera.

“Saya sendiri telah menghubungi YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, untuk menyegerakan kerja baik pulih,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa, dia mahu perkara itu disiapkan secepat mungkin agar tidak mengganggu proses pembelajaran para murid. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here