KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sembilan kluster baharu Covid-19 yang melibatkan empat daripadanya tempat kerja, tiga berkaitan komuniti dan masing-masing satu kluster keagamaan serta pusat tahanan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster baharu itu dikesan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
“Sebanyak 1,478 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 344 kluster aktif dan 62 daripadanya melaporkan pertambahan kes,” catatnya.
Kluster Jalan Puncak Borneo (Kuching) dengan 61 kes
Kluster Jalan Raja Laut (Lembah Pantai, Cheras, Kepong dan Titiwangsa) dengan 20 kes
Kluster Jalan Hishamuddin (Lembah Pantai) dengan sembilan kes
Kluster Lebuh Wawasan (Putrajaya, Lembah Pantai dan Seremban) dengan 11 kes
Kluster Tabanak (Lahad Datu) dengan 15 kes
Kluster Kampung Gayang (Tuaran) dengan 23 kes
Kluster Taman Malim Jaya (Melaka Tengah dan Jasin) dengan 13 kes
Kluster Jalan Bukit Belida (Seremban) dengan 15 kes
Kluster Jalan Salleh (Muar) dengan 23 kes.
Dr Noor Hisham berkata, 10 kluster yang tamat hari ini adalah Jalan Sekerat, Jalan Taiping, Tapak Bina Meha, Jalan Nusa Mega, Cyber 72, Jalan Industri Tiga Pontian, Taman Alam, Tapak Bina Bukit Kiara, Buloh dan Pasai, menjadikan 1,134 kluster berakhir setakat ini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Tapak Bina Persiaran Cybersouth (137 kes), Jalan Puncak Borneo (60 kes) dan Jalan Bambangan (47 kes),” katanya. – Malaysiapost.

