Covid-19: 6 murid positif, SJK C Puay Chai 2 ditutup

0
2

SEKOLAH Jenis Kebangsaan Cina SJK (C) Puay Chai 2, Bandar Utama ditutup buat sementara waktu susulan jangkitan Covid-19 yang membabitkan pelajar dan guru.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak pengurusan sekolah berkata sesi petang ditutup hari ini diikuti penutupan sepenuhnya sekolah (sesi pagi dan petang) mulai esok, lapor FMT.

Tarikh pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan kemudian oleh pejabat pendidikan daerah dan sesi pembelajaran akan diteruskan menerusi dalam talian di rumah.

Terdahulu, Malay Mail melaporkan enam murid disahkan positif virus tersebut dan 11 guru telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Pelajar yang dijangkiti adalah murid Tahun Dua, Tahun Empat dan Tahun Lima.

Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah berkata kes pertama dilaporkan ke sekolah itu pada 7 April. Kes kedua dilaporkan pada 9 April.

“Malam tadi, dua lagi kes dilaporkan dan kedua-duanya dari keluarga yang sama,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2020/10/23/maszlee-risau-lebih-1000-murid-pelajar-positif-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here