Tabung wakaf: Kenapa penjawat awam kena sumbang gaji pada kerajaan? – Zahida

0
2

USAHA kerajaan menggalakkan penjawat awam berwakaf secara berkala melalui potongan gaji sebagai inisiatif meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara ternyata tidak ‘disenangi’ Puteri Umno.

Ketuanya, Datuk Datuk Zahida Zarik Khan, berkata hakikatnya langkah itu hanya mahu penjawat awam menyumbang gaji mereka kepada kerajaan.

“Dalam bahasa lainnya penjawat awam perlu menyumbangkan gaji mereka kepada kerajaan.

“Selepas kerajaan hari ini sudah belanja RM600 bilion (termasuk yang dikumpul kerajaan BN dahulu),” katanya menerusi Facebook.

Zahida berkata, ekonomi negara semakin terjejas apabila syarikat besar dunia tidak lagi berminat untuk melabur dalam negara.

“Apa sudah jadi? Adakah kita sudah berbelanja melebihi pendapatan?

“Rakyat kita terus rugi apabila syarikat-syarikat besar dunia tidak lagi berminat untuk melabur dalam negara.

“Sebagai contoh Apple dan Samsung memilih Vietnam untuk kilang pembuatannya manakala Amazon akan membina tiga pusat data di Jawa Barat, Indonesia pada akhir 2021 dan awal 2022,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia kini tidak lagi menjadi destinasi pilihan kerana pelabur lebih yakin kepada negara yang memiliki kerajaan dan politik yang stabil.

“Kalau dulu sudah pasti mereka memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan, kini tidak lagi.

“Adakah kita nak biarkan masalah ini terus berlarutan? Tepuk dada, tanya selera,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan menggalakkan penjawat awam berwakaf khususnya secara berkala melalui potongan gaji bagi meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu antara empat perkara utama yang digariskan bagi memastikan instrumen wakaf dapat memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negara.

Untuk itu, beliau mahu semua ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan serta agensi peringkat persekutuan memainkan peranan dalam menggalakkan pegawai dan kakitangan mereka berwakaf. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/13/wakaf-melalui-potongan-gaji-penjawat-awam-bantu-ekonomi-negara-cuepacs/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here