MENJELANG 1 Ramadan esok, jangkitan harian Covid-19 masih lagi mencatatkan empat angka hari ini iaitu 1,317 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga hari ini jumlah kumulatif ialah 362,173 kes dan dilaporkan terdapat 12 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Katanya, Sarawak mencatatkan jumlah kes harian tertinggi hari ini iaitu 351 kes diikuti Selangor dengan 303 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 116 kes.
“Hingga kini 15,835 kes masih aktif dilaporkan di negara ini dan daripada jumlah itu 188 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 84 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan hari ini terdapat empat kes kematian dilaporkan membabitkan warganegara sekali gus jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,333 kes.
Menurutnya, terdapat 1,052 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya ialah 345,005 kes atau 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:

