MKN nafi PKP di Kelantan mulai 14 April

0
2

Nurul Huda Abhar

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) menafikan penyebaran maklumat kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasa di seluruh Kelantan bermula 14 April sehingga 12 Mei depan.

MKN dalam kenyataan berkata, infografik yang tersebar berkenaan berita pelaksanaan PKP di Kelantan adalah palsu.

“MKN menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan PKP di seluruh Kelantan berkuatkuasa 14 April 2021 sehingga 12 Mei 2021 seperti yang tular di media sosial.

“Berhenti menyebarkan berita tidak benar! Tidak pasti, jangan kongsi!,” kata kenyataan itu hari ini.

Situasi jangkitan Covid-19 di Kelantan semakin membimbangkan berikutan negeri itu turut membuat keputusan membatalkan Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini.

Ia susulan peningkatan berterusan kes baharu Covid-19 di Kelantan, malah kemudahan Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar kerajaan negeri demi membendung penularan wabak berkenaan.

Sebanyak 171 kes baharu Covid-19 direkodkan di Kelantan kelmarin manakala semalam mencatatkan 98 kes.

Kelantan juga merekodkan kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here