1,739 kes baharu Covid-19 hari ini

0
2

Nilam Oshman

KES Covid-19 hari ini mencatatkan sedikit peningkatann iaitu 1,739 kes jangkitan baharu berbanding 1,510 semalam.

Ia menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kini 360,856 kes, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi pecahan kes baharu setiap negeri hari ini, Selangor mengekalkan kes tertinggi iaitu 535 diikuti Sarawak (443), Sabah (127) dan Pulau Pinang (113).

Kes baharu bawah 100 iaitu Kelantan (98), Kuala Lumpur (96), Johor (67), Melaka (59), Perak (50), masing-masing 40 kes di Kedah dan Negeri Sembilan, Terengganu (34), Pahang (22), Putrajaya (11), serta Perlis (0). – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/07/tak-mahu-kerja-remaja-sanggup-tipu-positif-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here