Tiada bazar Ramadan di Kelantan tahun ini

0
2

KERAJAAN Kelantan membatalkan bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negeri tahun ini dengan alasan kes Covid-19 terus meningkat setiap hari.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata kemudahan Madinah Ramadan akan ditukar menjadi Pusat Rawatan Dan Kuarantin Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi membendung penularan Covid-19 di negeri itu.

Semalam, Kelantan mencatat 171 kes iaitu ketiga tertinggi di negara ini selepas Selangor dan Sarawak.

Kelantan juga mengenal pasti satu kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang melibatkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok dan Kota Bharu.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membenarkan bazar Ramadan beroperasi menerusi jumlah kapasiti penjual dan pembeli bersesuaian dengan lokasi.

Katanya, peniaga hanya dibenarkan melayan dua pelanggan pada satu-satu mas.

Selain Kelantan, Sabah sebelum ini tidak membenarkan pembukaan bazar Ramadan bagi mengelak penularan semula jangkitan Covid-19 di negeri berkenaan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/02/12-april-tarikh-lihat-anak-bulan-ramadan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here