Kumpulan Umno 3.0 ada agenda lebih besar, bukan setakat jatuhkan Zahid – Puad

0
2
PERAK TENGAH 16 JANUARI 2018. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengadakan sidang media selepas program Jelajah Komuniti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

APA juga matlamat kumpulan ‘Umno 3.0’ ini, mereka pasti gagal jika berniat untuk ubah keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 iaitu keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Demikian tegas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa kumpulan Umno 3.0 mahu menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamdi sebagai Presiden.

Dakwanya, ia sekali gus memudahkan usaha untuk membatalkan mandat PAU kepada Presiden untuk menentukan tarikh keluar dari kerajaan PN.

“Hampir 99 peratus kluster menteri berdiri dan angkat tangan sokong Umno keluar dari kerajaan PN. Maka apa maruah pendokong Umno 3.0 jika menentang keputusan PAU 2020,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian susulan laporan sebuah portal yang spekulasi tersebar luas berkait rancangan untuk menyingkirkan Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak dari pentas politik menjelang Ogos ini.

Keadaan itu sekali gus menyambut kemunculan kepimpinan baharu parti dikenali sebagai Umno 3.0 yang akan bekerjasama dengan Bersatu dan PAS.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata nama kumpulan tidak penting kerana sesiapa boleh menafikannya, tetapi perancangan mereka itu yang menjadi isu.

“Apakah ia wujud? Ternyata tindak tanduk mereka bukan lagi rahsia. Siapa mereka? Ia juga bukan rahsia. Ada yang buat kenyataan terbuka supaya pemilihan parti disegerakan. Mereka yakin masalah parti selesai jika pemilihan parti disegerakan.

“Motif mereka bukan semata mata mahu buang Zahid dan (Datuk Seri) Mohammad Hassan. Ia ada agenda lebih besar dari itu.

“Motif utama mereka ialah Umno mesti kekal dalam kerajaan PN. Sekali gus jawatan mereka kekal. Sebab itu gesaan (Datuk Seri) Nazri Aziz supaya menteri Umno letak jawatan amat wajar,” katanya.

Beliau mendakwa ada segelintir menteri daripada Umno yang melihat dengan jawatan tersebut mereka lebih mudah menang jika bertanding jawatan utama parti.

“Bila tidak berjawatan utama dalam parti nama mereka tenggelam. Jawatan menteri jadikan mereka masih relevan dalam politik negara.

“Ada juga yang rasa lebih selamat bila jadi menteri. Mereka bimbang gangguan LHDN dan SPRM. Sebelum jadi menteri mereka beberapa kali dipanggil SPRM,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here