Sultan Selangor, Tengku Permaisuri terima dos kedua vaksin

0
2

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Shah Alam, hari ini.

Selangor Royal Official dalam satu kenyataan memaklumkan suntikan dos kedua ini dibuat selepas 21 hari baginda berdua menerima suntikan dos pertama pada 20 Mac lalu.

“Turut menerima suntikan dos kedua, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

“Baginda berkenan untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 ini selepas dimaklumkan bahawa hampir kesemua petugas barisan hadapan di Selangor telah pun mendapatkan suntikan vaksin masing-masing,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut kenyataan itu, baginda turut menyeru rakyat di semua peringkat umur supaya tidak ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 demi kesejahteraan dan kesihatan bersama.

“Baginda juga menggesa rakyat agar segera melakukan pendaftaran di aplikasi My Sejahtera dan bersabar menanti giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here