Sekin Wonderland bakal dibuka 14 Mei ini

0
2

Nurul Huda Abhar

PEMBUKAAN taman tema air di Sekinchan, iaitu Sekin Wonderland dijangka menjadi tarikan baharu dan dapat meningkatan industri pelancongan di daerah itu.

Sekin Wonderland akan dibuka kepada orang ramai pada 14 Mei depan, bersamaan dengan hari kedua Syawal tahun ini.

Berita pembukaan taman tema air itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim ketika dihubungi Malaysiapost baru-baru ini.

Sekin Wonderland dijangka menjadi tarikan baharu di Sekinchan.

Menurut Suee Lim, dengan pertambahan produk pelancongan baharu di Sekinchan, ia dapat menjadikan daerah itu sebagai pilihan utama bagi percutian keluarga.

“Kita ada produk baharu yang bakal diketengahkan. Pada Hari Raya kedua kita jangka Sekin Wonderland akan dibuka. Mini theme park dan waterpark akan dibuka kepada orang ramai di Jalan Pantai Redang.

“Saya ramalkan Sekin Wonderland akan menarik seramai mungkin pelancong khususnya daripada masyarakat Melayu yang akan masuk bersama keluarga,” katanya.

Suee Lim berkata, pihaknya akan terus berusaha mempromosikan Sekinchan untuk menjadikan daerah itu sebagai destinasi pelancongan.

Sekin Wonderland dijangka menjadi tarikan baharu di Sekinchan.

Lebih mengharukan, katanya, apabila Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mencemar duli membaca berita slot khas sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75 dan antara slot tersebut adalah mempromosikan Sekinchan.

“Itu juga memberi nilai tambah yang sangat meluas terhadap pelancongan di Sekinchan,” kata beliau.

Sekinchan menjadi antara destinasi pilihan pelancong tempatan semasa cuti persekolahan penggal pertama lalu, berikutan kerajaan membenarkan rentas daerah bagi Selangor dan Kuala Lumpur biarpun masih dalam Perintah Kawalan Pergerak Bersyarat (PKPB)

Antara lokasi tumpuan di Sekinchan adalah Galeri Padi, Ah Ma House, Mango King, Sekinchan Coconut Farm, Pantai Redang dan termasuklah Restoran Lembah Bernam yang menyediakan makanan eksotik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here