Kedah paling banyak kawasan zon hijau

0
3

KEDAH ketika ini mempunyai lima daerah zon hijau, iaitu paling banyak dalam kalangan negeri di Semenanjung.

Daerah terbabit ialah Langkawi, Padang Terap, Bandar Baharu, Sik dan Yan, susulan tiada kes dicatatkan di semua kawasan itu dalam tempoh 14 hari lalu.

Menurut infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM), Kedah masih mempunyai dua daerah zon merah iaitu Kuala Muda dan Kulim manakala masing-masing dua zon jingga dan kuning.

Negeri Sembilan mempunyai tiga daerah zon hijau iaitu Jempol, Jelebu dan Kuala Pilah, tetapi Seremban kekal zon merah.

Tiga negeri – Perak, Pahang dan Terengganu masing-masing mempunyai dua zon hijau.

Semua lima daerah di Pulau Pinang masih zon merah, begitu juga semua empat kawasan di Kuala Lumpur, manakala lapan daripada sembilan daerah di Selangor turut berada pada kategori zon merah.

Sementara itu hanya lima daripada 40 kawasan di Sarawak masih dalam zon hijau, begitu juga lima daripada 27 kawasan di Sabah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here