Isu kahwin: Cef Wan hampa dengan Serina

0
3
#StandTogether celebrity ambassador Chef Wan.

CEF selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 63, atau lebih dikenali sebagai Cef Wan hampa selepas mengetahui pernikahan Serina yang berlangsung hari ini melalui kakaknya.

Serina dan suaminya yang dikenali sebagai Aidil didakwa bernikah di Thailand.

Cef Wan menerusi satu hantaran di Instagram (IG) miliknya meluahkan rasa terkilan kerana berasa dibelakangkan oleh anaknya, Serina.

“Kakak saya memberi gambar ini. Katanya ‘anak kau dah kahwin tahu tak’? Dia umumkan lagi dalam IG.

“Saya sangat terperanjat. Dua minggu lepas dia (Serina) beritahu nak nikah juga sebelum puasa.

“Kata Rina dia dah menikah pun di Siam! Jantung saya seperti dipanah petir ketika itu. Terus dia kata nak menikah di rumah saya untuk urusan nikah semula. Terus saya tak jawab apa yang dia kata,” tulisnya.

Bagaimanapun, kata Chef Wan, beliau kecewa kerana telah memberi nasihat kepada mereka untuk mengambil masa mengenali hati budi masing-masing namun Serina bertindak sebaliknya.

“Tapi sebagai bapa, apa yang mereka berdua telah lakukan sangat mengecewakan. Saya tidak melarang pun dia nak menikah.

“Pi nikah di Siam dah lama baru bagitahu. Adakah anda rasa bagus budi bahasa anak sebegini? Dan sekarang ini pula?

“Rina, Rina suka hati kaulah. Masing-masing dah tua dan tahu tanggungjawab dengan apa yang kau lakukan terutamanya dibelakang saya,” katanya.

Dalam hantaran sama, Cef Wan tetap mendoakan kebahagiaan Serina dan suaminya.

“Apa pun Papa doakan kebahagiaan perkahwinan keduanya.

“Pada saat ini, saya yakin mana-mana ibu bapa pasti akan merasai perkara sama apa yang saya rasa.

“Kita doakan yang terbaik dan aminkan pernikahan mereka sudahlah,” ujar Cef Wan.

Terdahulu, Serina selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pilihan hatinya, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagramnya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/04/09/serina-redzuawan-selamat-bergelar-isteri-kali-kedua/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here