UMNO dan PKR dikhianati, salahkah Anwar dan Zahid berborak? demikian persoalan yang ditimbulkan oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil jika audio perbualan kedua-dua Presiden parti itu disahkan tulen.
Mengulas lanjut audio perbualan mirip suara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular kelmarin, Isham membangkitkan beberapa persoalan jika ianya disahkan tulen.
“Saya dah dengar juga, tapi tak adalah sampai 10 kali, ada lah dua tiga kali saya dengar. Saya nak tanya adakah kandungan perbualan mereka menyentuh pasal dasar parti? Tak ada.
“Adakah Datuk Zahid kata yang dia nak bagi Anwar akan jadi Perdana Menteri? Tak ada pun. Adakah dia bincang pasal kerusi nak mengadakan kerjasama politik dengan Anwar Ibrahim? Tak ada jugak.
“Jadi apa benda yang dia bincang dalam itu, mereka borak-borak dalam itu di mana kedua-dua parti ini telah dikhinati oleh satu parti kecil yang lain. Jadi dua parti ini tak suka parti ini kerana parti ini telah khianat,” katanya dalam satu program bual bicara di Facebook, hari ini.
Tambah Isham, Anwar dan Ahmad Zahid hanya berbual berkisar rasa dikhianati oleh satu parti kecil yang lain.
“Mereka ada ketidaksetujuan yang sama terhadap satu parti lain, jadi takkan mereka tak boleh bincang, itu ceritanya. Dalam PPBM ada bekas orang Umno yang telah khianat dan dalam PPBM juga ada bekas ahli PKR yang khianat.
“Pada saya perbualan itu di mana kedua-dua presiden ini biasa dan atas ketidaksetujuan yang sama,” jelasnya.
Pada masa sama, Isham menyerahkan pihak berkuasa untuk mengesahkan audio itu sama ada tulen atau tidak.
Namun, menurut Isham, Tan Sri Annuar Musa yang telah memukul canang lebih awal meskipun audio itu masih belum tahu status ketulenannya.
“Tapi Menteri Wilayah kita ni hari ni sibuk pasal isu audio. Satu hari dia ulang-ulang kita tengok, Menteri Wilayah kita tu dia Menteri dari Umno.
“Dia dok cerita pasal cerita audio ni saya terus terfikir takkan satu hari hidup dia penuh cerita politik, dan apa yang dia buat untuk menyelesaikan masalah ni, kita tengok banyak isu orang tak boleh berniaga, isu jenayah, sekarang ni banyak flat di KL lif rosak.
“Patutnya semua isu ni Menteri wilayah selesaikan… bukan sibuk isu audio. Saya rasa tak ada orang pun boleh confirmkan, mungkin tak ramai orang yang boleh confirmkan audio ni tulen ke tidak.
“Mereka desak Datuk Zahid buat report polis dan pihak dia dah buat report polis. Mengikut akta SKMM kalau benda itu tidak tulen mereka telah buat fitnah, jadi sebenarnya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan kepada sesiapa yang menyebar benda itu yang tidak tulen dan fitnah,” katanya.
Lebih pelik menurut Isham, Annuar nampak beria-ia mengesahkan ketulenan kandungan perbualan kedua-dua pemimpin parti itu yang tidak ada unsur-unsur mengganggu gugat keselamatan negara.
“Apa kata audio ni tulen, katakanlah ia tulen, kita kena tanya adakah unsur-unsur jenayah atau mengganggu kepentingan awam , ada jenayah ke dalam audio itu?
“Ini dua presiden parti, Umno dan PKR, mereka berborak sesama dia, jadi apa unsur jenayah, ada kepentingan sampai nak buat report polis dan KDN. Sampai nak kena siasat.
“Sampai Annuar Musa Menteri wilayah satu hari dok bercerita pasal benda ini. Annuar Musa ada sebut dia kata dia dah dengar benda tu 10 kali, dan dia kata mungkin besar benda ini tulen. Maknanya dia lebih tahu,” katanya. -Malaysiapost

