PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak usaha penjajaran politik baru politik sedang berlaku.
Bagaimanapun, Abdul Hadi menegaskan PAS tetap menolak jika berlaku penjajaran politik baru dan akan terus bersama Bersatu dalam Perikanan Nasional (PN).
“Itu sebahagian daripada jajaran baru. Jajaran baru sudah diumumkan (sebelum ini), itu tanda-tanda jajaran baru.
“Kita terus dengan PN. Kita tolak jajaran baru, tidak akan terima jajaran baru,” katanya di Facebook, hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas klip audio yang didakwa membabitkan perbualan telefon antara Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi tanda-tanda jajaran politik baru yang ditolak PAS.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata sama ada audio berkenaan tulen atau sebaiknya bukanlah isu besar.
“Tulen tak tulen saya tak tahu, cukup masyarakat menilai tulen tak tulen,” katanya lagi.
Klip audio yang tular kelmarin itu, kedengaran suara seperti Anwar memuji Zahid mengenai cara presiden Umno itu mengendalikan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang berlangsung baru-baru ini.
Bagaimanapun, Zahid menafikan sekeras-kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan Anwar itu, berkata dia “amat kecewa dan terkejut” dengan tuduhan itu.
Presiden Umno itu juga mendakwa dirinya menjadi mangsa politik jahat untuk melemahkan atau memusnahkan Umno
Selepas penafian dibuat Zahid, Anwar juga turut mengambil langkah sama dengan manafikan perkara itu. – Malaysiapost

