Kes Adib: Guan Eng tanya PAS, apa dah jadi?

0
2

AHLI Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mempersoalkan perkembangan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang terus sepi sejak PAS menguasai tampuk pemerintahan kerajaan.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, dahulu Pas lantang menaikkkan kemarahan rakyat tentang kes ini, namun perkembangan kes itu seperti tidak ada apa apa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang berbanding ketika di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), prosiding mahkamah dan inkues telah dilaksanakan.

“Sekarang apa dah jadi? Rakyat berhak tahu. Keadilan perlu ditegakkan!

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sekiranya mereka tak berdaya selesaikan isu ini, lebih baik letak jawatan sahaja,” ciapnya dalam satu hantaran Twitter.

Terdahulu, bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid meluahkan rasa kecewa kerana pihak berkuasa seolah-olah mengambil sikap sambil lewa dan menganggap kes anaknya itu bukan masalah kepada negara.

Sehingga hari ini, tiada perkembangan terbaru berhubung kes Muhammad Adib biarpun Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pada Februari lalu memberi jaminan akan mengeluarkan keputusan berhubung kes tersebut . – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/11/pemuda-umno-desak-kerajaan-umum-perkembangan-kes-arwah-adib/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here