Makin dekat PRU15, makin banyak isu muncul

0
1
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

PELBAGAI isu politik akan timbul ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin menghampiri, demikian kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, ketika ini jentera parti perlu memainkan peranan penting dalam menangkis serangan pihak musuh dan menjelaskan isu berbangkit sekaligus dapat menjaga keharmonian dalam parti menjelang PRU15

“Supaya kita boleh memperjelaskan sesetengah isu-isu yang perlu diterangkan kepada pengundi ia kena terangkan.

“Maklumlah hendak menghadapi pilihan raya ini banyak saja orang-orang yang hendak memporak-perandakan parti kita ini dengan cerita-cerita yang pelbagai.

“Cerita-cerita ini yang boleh menyebabkan orang ramai atau pun pengundi memandang serong kepada parti kita jadi jentera penerangan Umno kena main peranan untuk menjelaskan semua isu-isu ini supaya mereka faham apa yang kita bawa,” katanya dipetik Umno Online.

Dalam pada itu Tajuddin yang juga Pengarah PRU15 Umno berkata, segala persiapan telah dilakukan untuk menghadapi PRU15.

“Kita sudah buat persiapan awal dah, Wanita Umno Bahagian buat kajian sikap menjejaki pengundi sejak tahun lepas lagi.

“Saya ingat sudah dua tahun mereka buat kerja. Sekarang kita hendak meneruskan itu dengan melengkapkan sebaik mungkin,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here