Facebook disekat: ‘Tak apa Telegram ada’ – Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

GERAM kerana akaun Facebooknya disekat, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak membuka akaun Telegram yang baharu.

Ahli Parlimen Pekan itu menjelaskan akaun baharu Telegramnya itu akan digunakan untuk bermesej dengan rakan pengikut di media sosialnya.

“Ramai kawan-kawan sudah tak dapat lihat posting saya. Ok tak apa.

“Saya buka akaun Telegram baru. Guna untuk mesej kawan-kawan followers semua. Jika ada yang berminat, jom!,” katanya dalam hantaran Facebook.

Terdahulu, Najib mendakwa laman sosial Facebooknya diganggu dan disekat sejak pagi tadi.

Beliau mendakwa keadaan ini mengakibatkan pengikutnya tidak dapat melihat beberapa hantaran yang dibuatnya hari ini.

“Ya, page FB saya ini memang telah dikacau dan disekat sejak pagi ini dan posting-posting saya tak lalu wall semua followers. Tidak pernah berlaku,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu turut berkongsi beberapa tangkap layar komen-komen pengikutnya yang rata-rata mengadu mengenai masalah itu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/08/facebook-najib-kena-kacau-sekat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here