Warga emas maut dihempap pokok kelapa ditebang

0
2

SEORANG warga emas maut selepas dihempap pokok kelapa tumbang di belakang masjid Kampung Galang, Pulai Chondong, Kelantan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Ganti Jimmy, berkata dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi itu, mangsa Ramli Daud, 69, bersama beberapa rakannya menarik pokok kelapa yang ditebang olehnya.

Beliau berkata, apabila pokok kelapa yang ditebang itu hendak tumbang, mereka melarikan diri, namun mangsa terjatuh kerana kakinya tersangkut pada tali sebelum ditimpa pokok berkenaan.

“Akibat dihempap pokok itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan dialaminya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat. – Malaysiapost

Foto Kredit: Sinar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here