Sabah pertahan keputusan larang operasi bazar Ramadan

0
1

KERAJAAN Negeri Sabah mempertahankan keputusan melarang operasi bazar Ramadan di negeri itu tahun ini.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin susulan situasi jangkitan Covid-19 yang tidak menentu di Sabah.

“Apa yang penting bagi kita ialah menyelamatkan rakyat daripada penularan pandemik Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji mengingatkan rakyat Sabah agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mengekang penularan virus itu.

“Kita mestilah tahu bahawa ini antara cara kita untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid19. Saya minta kepada rakyat kita mengamalkan SOP yang betul,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjungmengumumkan bazar Ramadan di Sabah tidak dibenarkan beroperasi.

Beliau berkata, beberapa kluster akibat penganjuran majlis sosial dan keramaian turut berlaku di samping tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang rendah dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, sebanyak 60 kes positif baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah sebanyak 55,294 kes.

Bagaimanapun katanya, tiada kes kematian dan kluster baharu direkodkan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/07/tiada-bazar-ramadan-di-sabah-tahun-ini/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here