Gaji minumum graduan seperti tahap buruh – Zahida Zarik

0
3

Nurul Huda Abhar

“IF you pay peanuts you get monkeys,” kata Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan.

Beliau berkata, maksud perumpamaan yang diberikan itu adalah jika membayar gaji rendah, kita akan mendapat hasil yang sangat teruk kualitinya.

“Tetapi keadaan di Malaysia adalah sebaliknya. Kita membayar gaji-gaji yang sangat tinggi kepada para menteri dan kita masih mendapat hasil yang sangat teruk.

“Para graduan purata mendapat gaji RM1,000 -1,500 sebulan, iaitu gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan bertahun-tahun yang lalu, tapi untuk para buruh! Menteri ekonomi kita Datuk Seri Mustaffa Mohd berkata, kita patut bersyukur kerana mendapat gaji dikala ini,” katanya di hantaran di laman Facebook, hari ini.

Zahida berkata, Malaysia tidak mampu menyediakan pekerjaan yang setimpal kepada graduan setelah banyak industri tempatan lari ke negara jiran.

Selain itu, katanya, pelaburan langsung asing (FDI) yang merundum begitu teruk pada tahun lalu mengakibatkan kadar pengganguran meningkat hampir 1 juta orang.

“Bukankah ini tugas kerajaan pemerintah untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat pada keseluruhannya?

“Di mana janji kerajaan PH dahulu (juga dianggotai oleh kerajaan PN sekarang) yang menjanjikan 1 juta peluang pekerjaan kepada rakyat?

“Kita hanya melihat hanya berberapa menteri yang buat kerja dan yang lain hilang entah kemana. Kita begitu sukar untuk menamakan siapakah para menteri sekarang!,” katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dilapor berkata, golongan graduan perlu bersyukur sekiranya mendapat peluang pekerjaan walaupun bergaji rendah.

Menurut Mustapa, pasaran dan permintaan tenaga buruh lemah kerana ekonomi menguncup sebanyak 5.6 peratus.

“Pasaran tenaga buruh, permintaan buruh dan permintaan tenaga kerja lemah kerena ekonomi kita menguncup 5.6 peratus. Itu pun, dengan ada langkah-langkah kerajaan, kalau tiada lagi teruk lagi.

“Jadi bagi saya para graduan dapat pekerjaan itu bersyukurlah kerana ramai lagi yang tiada kerja walaupun gaji tu mungkin rendah,” kata beliau. – Malaysiapost

Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/03/13/kluster-sprm-semua-bakal-suci-zahida-zarik-khan/

Foto Kredit: UMNO Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here