TIMBUL lagi isu salah guna borang rentas negeri dan kali ini membabitkan borang rentas negeri milik Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Selangor.
Borang rentas negeri itu tular di media sosial apabila dikesan belum diisi sebarang maklumat oleh pemohon, namun sudah bertandatangan dan bercop Penolong Ketua Polis Balai Seksyen 6.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol, berkata borang itu juga ditularkan dengan tulisan ‘Thank you tolong kali kedua, xyah beratur panjang2. Ada cable dah mudoh basoe sney kiro’.
Menurutnya, siasatan awal dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan pada borang berkenaan.
“Terdapat pemalsuan tandatangan milik Penolong Ketua Polis Balai Seksyen 6, SM Mohd Fadzil Bin Ali.
“Satu kertas siasatan polis dibuka mengikut as Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, kes sama berlaku membabitkan borang rentas negeri Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu yang tular di media sosial apabila kosong namun terdapat tandatangan dan cop Balai polis.
Keadaan itu membuatkan orang ramai mempertikaikan bagaimana individu boleh mendapatkan borang rentas negeri kosong yang sudah siap ditandatangani dan bercop. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/08/salah-guna-borang-rentas-negeri-polis-buka-kertas-siasatan/

