#AntaraDuaDarjat, #AkuMenteri tanda tidak puas hati rakyat

0
3

Rata-rata rakyat tidak berpuashati dengan jumlah kompaun yang dikenaiakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani kuarantin.

Tanda tidak puashati itu disuarakan menerusi media sosial dengan poster-poster dengan tanda pagar #AntaraDuaDarjat dan foto diskaun #AkuMenteri.

Antara yang menyatakan ketidakpuashatiannya adalah @keemmazni ‘Kahkahkah Kerajaan Badut Kera. Rakyat biasa kena penjara lagi Menteri yang tak kuarantin dah masuk Istana semua kompaun RM1000 sahaja. Setiap hari abah membuktikan yang siapa paling berkuasa, inilah kerajaan #AntaraDuaDarjat.

Selain itu, @LimYiWei4MY menciap ‘Dulu ada kod diskaun “BintiAhmadZahid”. Sekarang ada kod diskaun “KhairuddinTakuarantin”. #AntaraDuaDarjat.

Sementara itu, @AzfarinazAzman mempersoal adakah menteri begitu kebal sehingga tidak boleh mencetuskan kluster Covid-19.

“Menteri dah dihukum KKM, Kompaun RM 1000 sahaja. Hehehehehe. Apakah Menteri begitu kebal? Tak boleh jadi kluster Covid? Makcik gelang pink kena kompaun RM 8000 siap ke mahkamah lagi….

“Yang aku heran, rakan-rakan sesama Menteri tak tegur ke? #AntaraDuaDarjat #NasibRakyat,” katanya.

Semalam media melaporkan, Khairuddin dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana ingar perintah kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara – Malaysia Post