1,285 kes baharu, Selangor masih catat kes tertinggi

0
2
grafik

KES baharu Covid-19 hari ini kekal statik pada jumlah seribu, dengan 1,285 jangkitan baharu dilaporkan.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 355,753 kes.

Pecahan kes baharu mengikut negeri mendapati Selangor masih mencatat kes jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 374 kes.

Selain Selangor, lima negeri mencatat kes baharu tiga angka adalah Sabah dengan 106 kes, Johor (101), Kuala Lumpur (120), Sarawak (211) dan Pulau Pinang 162 kes.

Sementara, Negeri Sembilan mencatat 12 kes, Perak (24), Kedah (31), Kelantan (87), Melaka (11), Pahang (12), Terengganu (11), Putrajaya (19).

Selain itu, Labuan mencatatkan tiga kes dan Perlis satu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here