Steven buat hal lagi…..

0
2

SELEPAS membantu keluarga dihalau dari rumah sewa, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong menolong pula seorang gelandangan tidur di kaki lima.

Menerusi satu hantaran Facebook, Steven Sim tersentuh dengan nasib seorang lelaki tua yang hidup melarat di kaki lima pasar awam di kawasan Parlimennya.

Warga emas ditemui tidur di kaki lima pasar awam dapat perhatian Steven Sim

Beliau berkata, hatinya tidak tenteram apabila kisah lelaki berbangsa India itu sampai ke telinganya lalu terus mencari warga emas itu sebaik tiba di Bukit Mertajam meskipun baru pulang dari Melaka.

“Saya bergegas balik dari Melaka dan sampai ke BM (Bukit Mertajam) jam 2 pagi untuk mencari uncle yang terpaksa tidur di kaki lima pasar awam.

“Hati saya terasa pilu tak terhingga melihat foto ini. Uncle tidur beralaskan tilam yang basah dan busuk, berbumbungkan langit, di atas kaki lima pasar awam,” katanya yang memanggil lelaki India itu sebagai Uncle.

Turut dimuatkan pada hantaran Facebook itu gambarnya membawa warga emas tersebut menginap di sebuah hotel berhampiran.

Dipercayai, Steven menempatkan sementara warga emas itu di sebuah hotel dan akan membantu menyelesaikan masalah lelaki itu apabila siang nanti.

“Malam ini, uncle lupakan segala resah dan rehatlah sepuas-puasnya. Esok kita mulakan kehidupan yang baru,” catatnya.

Sebelum ini, netizen memuji Steven Sim kerana membantu seorang wanita 10 anak yang dihalau oleh tuan rumah kerana gagal membayar sewa.

Beliau telah membantu mencari rumah sewa untuk keluarga malang itu di samping membeli barang-barang keperluan.- Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/04/nasib-ibu-10-anak-dihalau-dari-rumah-sewa-akhirnya-terbela/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here