Suara macam saya? Itu fitnah – Anwar

0
3

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyebaran audio perbualan mirip suaranya dengan seorang lagi individu didakwa Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai fitnah.

Presiden PKR itu mendakwa penyebaran audio itu sengaja dibuat pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

“Ini nak gunakan kita nak lawan politik dalam Umno, nak gunakan kononnya perbualan saya dengan Zahid untuk politik Bersatu nak menikam pimpinan Umno.

“Ini bukan kerja saya, sebab itu saya juga akan arahkan pegawai saya buat laporan polis, biar disiasat siapa yang punca itu.

“Tapi ada suara macam saya… nyata ada usaha untuk fitnah, mereka-reka dengan lebih canggih,” katanya ketika melancarkan Bilik Gerakan Utama Jawatankuasa Pilihan Raya PKR di Shah Alam, malam tadi.

Semalam Ahmad Zahid menafikan wujud perbualan dengan Anwar seperti dalam audio rakaman yang tular di media sosial.

Malah, Ahmad Zahid menegaskan tiada sebarang perbualan antaranya dengan Presiden PKR itu selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 baru-baru ini.

Berikutan itu beliau telah mengarahkan pegawainya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang terlibat.

Terdahulu tular satu klip audio perbualan didakwa antara Anwar dan Ahmad Zahid sedang berbincang strategi politik semasa PAU baru-baru ini.

Menerusi audio tersebut, perbualan antara kedua-dua individu sangat mesra dan saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan semasa PAU.

.
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/07/presiden-umno-nafi-wujud-perbualan-dengan-anwar-rancang-strategi-politik/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here