1,139 jangkitan baharu Covid-19

0
2

KES jangkitan Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan apabila 1,139 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 1,300 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan secara kumulatif kes Covid-19 di negara ini adalah 354,468 kes.

Menurutnya, berdasarkan pecahan kes setiap negeri, Sarawak mencatatkan kes tertinggi iaitu 332 kes.

“Ia diikuti Selangor (294), Johor (102), Pulau Pinang (93), Kuala Lumpur (84), Sabah (60) dan Kelantan (38).

“Kedah merekodkan 35 kes, Negeri Sembilan (30), Perak (24), Pahang (23), Melaka (13), Terengganu (10) dan Labuan satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua negeri mencatatkan sifar kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini iaitu Putrajaya dan Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here