Astagfirullahalazim, esok kau salahkan polis…

0
1

PENYANYI senior, Datuk Hattan menyifatkan sikap golongan instafamous dan selebriti yang gemar menunjuk-menunjuk di media sosial, menyusahkan orang lain.

Hattan berkata demikian menerusi rakaman video di Instagram miliknya sebagai reaksi terhadap isu instafamous dan selebriti yang dikatakan menyalahguna kebenaran rentas negeri diberi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Astagfirullahalazim, esok kau salahkan polis, apa punca ini? Bukan salah diorang (polis), puncanya sikap instafamous, selebriti. Kau dah dapat kebenaran mana kau nak melingkup, kau punya pasal.

“Bila dah dapat kebenaran tu, pandai-pandailah jaga. Yang kau pergi upload semua benda pasal apa? Ni jadi sikap tak bertanggungjawab, fikir secara waras!,” katanya.

Beliau mengulas mengenai satu notis syarat pelepasan rentas negeri diperketatkan di pintu sebuah balai polis yang tular sejak semalam.

Hattan berkata, sikap tidak bertanggungjawab mereka menyebabkan rakyat Malaysia tidak dapat balik kampung ketika perayaan Aidilfitri nanti.

“Gemar menunjuk-nunjuk. Kesian la kat semua orang, Ramadan dan raya dah nak dekat. Silap-silap tak boleh balik kampung.

“Puncanya benda-benda tidak berfaedah macam ni. Berhenti la perasan kita ni Instafamous, selebriti. Orang lain pun popular,” katanya.

Sebelum ini beberapa selebriti dan instafamous dipanggil polis memberi keterangan kerana didakwa menyalahguna kebenaran rentas negeri.

Mereka diberi kebenaran berbuat demikian atas sebab perniagaan, namun mengambil kesempatan bercuti dan berbulan madu serta memuat naik gambar di media sosial.

Antaranya Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz yang memberi keterangan kepada polis malam kelmarin.

Setelah disiasat kerana majlis perkahwinan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP), pasangan itu memuat naik gambar-gambar percutian di Pulau Langkawi, walaupun mendapat kebenaran polis atas urusan perniagaan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/06/maaf-saya-asli-ya/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here