Rakaman audio Anwar-Zahid angkara konspirasi politik tertinggi – Puad

0
2
PERAK TENGAH 16 JANUARI 2018. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengadakan sidang media selepas program Jelajah Komuniti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

RAKAMAN audio perbualan antara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular ketika ini didakwa kemungkinan angkara konspirasi politik tertinggi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata beliau yakin rakaman itu bermotif politik apabila ia diviralkan.

Katanya, keadaan itu sekali gus membuktikan darurat tidak mampu membendung ‘politiking’ sebaliknya keadaan itu semakin berleluasa.

“Apabila viral rakaman perbualan antara Zahid dan Anwar Ibrahim, itu angkara siapa? Apakah Malaysia negara selamat apabila perbualan peribadi dirakam dan diviral?

“Sudah tentu rakaman itu bermotif politik apabila ia diviralkan. Darurat sepatutnya untuk kurangkan politiking tetapi rupanya semakin bermaharajalela,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, butiran perbualan itu adalah cukup jelas dan berkualiti tinggi dan ia semestinya menggunakan peralatan canggih yang orang biasa tidak akan mampu memilikinya.

“Apakah ini konspirasi “at the highest level”. Ini bukan kerja calang calang?

“Kita masih ingat apabila Latheefa Koya dedah perbualan antara Najib dengan Putera Mahkota UAE. Tidakkah kita mahu belajar dari kesilapan.

“Hingga ke hari ini sejak 2018, UAE tidak lagi datang melabur di Malaysia. UAE melabur hampir RM130 Bilion ke Indonesia. PM tentu ada penjelasan kenapa balik tangan kosong dari lawatan ke UAE baru baru ini?,” soalnya.

Ternyata skandal merakam perbualan peribadi terutama yang libatkan lawan politik adalah “hari hitam” kepada demokrasi di Malaysia.

Presiden Nixon letak jawatan kerana skandal Watergate 1972. Ia berlaku apabila Pejabat parti Demokrat diceroboh untuk curi maklumat dan alat perakam telefon dipasang.

Mohd Puad berkata, pendedahan rakaman perbualan antara Ahmad Zahid dan Anwar berlaku sehari selepas Datuk Seri Najib Razak menerima notis muflis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Politiking keji tidak akan berakhir. Wujudnya kluster lompat dan merakam perbualan telefon adalah natijah kerana kerajaan hari ini tidak ada majoriti jelas,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Puad berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) terselamat pada masa ini kerana Parlimen tidak bersidang untuk memberi peluang kepada Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan isu berkenaan.

“Sekurang kurangnya ahli parlimen boleh desak supaya ditubuhkan RCI dan SKMM menyiasat perkara serius ini untuk mencari keadilan,” katanya.

Terdahulu, satu klip audio perbualan didakwa antara Anwar dan Ahmad Zahid sedang berbincang strategi politik semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 , tular di media sosial baru-baru ini.

Perbualan dipercayai antara Presiden PKR dan Presiden Umno itu sangat mesra dan kedua-duanya saling bertukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan semasa PAU berlangsung.

“Saya dah 22 tahun baru saya follow (mengikuti) Perhimpunan Agung Umno,” kata Anwar sambil ketawa semasa awal perbualan.

Klip audio tersebut berdurasi 4 minit lebih.

Ahmad Zahid kemudiaan menjelaskan kepada Anwar tentang ucapannya semasa PAU itu adalah sebahagian daripada strategi, ia dipercayai merujuk kepada kenyataan: “No Anwar, No DAP, No Bersatu” dalam ucapan dasarnya semasa PAU. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here