Makcik Petir sudah tiada….

0
3

PELAKON Noryati Taib, 63, yang dikenali dengan panggilan ‘Makcik Petir’, meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook (FB), anaknya Faizul Hafiz Hashim berkongsi berita sedih tersebut kira-kira jam 3 pagi tadi.

“Dukacita dimaklumkan Mama saya meninggal dunia pada jam 1.45 pagi sebentar tadi.

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya dalam hantaran tersebut.

Anak saudara Allahyarham, iaitu penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut berkongsi berita pemergian pelakon itu melalui hantaran di Instagram (IG).

Selain itu, terdapat beberapa lagi rakan artis penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi yang mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Allahyarham Noryati sebelum ini disahkan positif Covid-19 pada 3 Febuari lalu.

Selepas menerima rawatan selama dua minggu dirawat, Allahyarham disahkan pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.

Pada 2017, arwah dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Sebelah kaki Allahyarham juga terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.

Dalam bidang lakonan, Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here