Notis muflis seperti tabur garam pada luka – Najib

0
3

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan diberi notis muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan ringkasan penghakiman cukai pendapatannya dari 2011 hingga 2017. 
Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, beliau ditemui wakil LHDN di kediamannya semalam yang menyerahkan notis berkenaan. 
Najib mendakwa sepanjang menjadi Perdana Menteri, beliau tidak pernah gagal membayar cukai pendapatan, tetapi cukai zalim berjumlah RM1.74 bilion yang dikenakan terhadapnya itu adalah pentaksiran tambahan dan penalti yang tidak munasabah.
“Mungkin tindakan memberi saya notis muflis pada hari pertama rayuan kes saya didengari adalah bertujuan untuk menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah atau untuk terus memalukan saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam ini. 
Najib mendakwa penganiayaan seperti itu, sama ada bermotifkan politik, peribadi dan sebagainya, bukan sahaja sebahagian dari perang taktikal untuk mengawal dan mendominasi musuh
Beliau turut yakin notis muflis itu diberikan antaranya disebabkan Keputusan PAU UMNO untuk tidak bekerjasama dengan PPBM/PN ketika PRU15.
Selain itu Najib juga percaya keputusan undian yang dijalankan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Utusan TV baru -baru ini yang menunjukkan beliau merupakan perdana menteri pilihan bagi PRU15.
Najib berkata, antara kesan dari notis bankrap itu pula adalah beliau akan kehilangan status Ahli Parlimen Pekan dan pilihan raya kecil akan diadakan.
“Saya tidak lagi layak untuk bertanding dalam pemilihan parti dan pilihan raya. 
“Saya akan kehilangan semua wang simpanan yang saya kumpulkan semasa bekerja dalam perkhidmatan kerajaan di mana ia sekarang digunakan untuk menyara hidup dan membayar peguam saya.
“Bagaimana saya nak membela diri dan membersihkan nama saya dalam kes-kes mahkamah jika saya dibankrapkan, akaun bank saya dibeku, pendapatan dari jawatan ahli parlimen dihentikan dan akibatnya, saya tidak dapat mengupah peguambela. 
“Saya tidak akan mempunyai wang lagi untuk bayar fi peguam saya bagi menjalankan tugas pembelaan di Mahkamah dan tidak akan terima kembali barangan dan wang yang disita biarpun jika saya menang kes itu,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here