Pegawai kanan polis meninggal akibat serangan jantung, bukan kesan vaksin

0
2

Nurul Huda Abhar

POLIS Pahang menafikan kematian seorang pegawai kanan polis seperti tular di media sosial berpunca daripada kesan pengambilan vaksin Covid-19.

Sebaliknya Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata Asisten Komisioner Shariman Saidin yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang meninggal dunia pada 3 April lalu akibat penyakit jantung.

Beliau berkata punca kematian telah disahkan oleh doktor bertugas di Hospital Tengku Ampuan Afzan, (HTAA) Kuantan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan di media sosial.

“Ini bagi menghormati perasaan keluarga dan waris Allahyarham yang masih bersedih akan kehilangan orang tersayang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 3 April lalu, Allahyarham disahkan meninggal dunia di HTAA akibat sakit jantung.

Bagaimanapun, tular di media sosial mengatakan bahawa kematiannya dikatakan selepas mengambil suntikan vaksin Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here