1,300 kes baharu, lima kematian hari ini

0
1
grafik

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 masih menunjukkan peningkatan apabila 1,300 kes baharu dicatatkan hari ini, berbanding 1,070 semalam. 

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan berkata, Sarawak mencatatkan kes tertinggi mengikut negeri iaitu 385 kes. 

Ia diikuti oleh Selangor (242), Kelantan (126), Sabah (112), Johor (98), Kuala Lumpur (87), Perak (61), Kedah (27), Negeri Sembilan (14), Pahang (11), Terengganu (9), Labuan (8), Melaka (7), Putrajaya (3), Perlis (0). 

Menurut KKM, berdasarkan jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 1,276 adalah kes tempatan manakala 24 lagi kes import. 

Menerusi kenyataan itu, kes tempatan hari ini merangkumi 918 warganegara dan 358 bukan warganegara. 

KKM berkata, hari ini lima kematian baharu dicatatkan, menjadikan kes keseluruhan kematian Covid-19 adalah 1,300. 

Kes yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi adalah 189 dan kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan (88). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here