Dakwaan skandal Najib dengan Ziana Zain terjawab

0
2
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa tuduhan yang mengaitkan beliau mempunyai skandal dengan seorang artis terkenal akhirnya terjawab. 

Biarpun tidak mendedahkan nama artis tersebut, Najib memuat naik artikel yang mana penyanyi Ziana Zain menjawab gosip mengaitkan dirinya dengan VIP ternama. 

“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab. 

“Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia (Ziana),” kata beliau dalam hantaran di Facebooknya, hari ini. 

Semalam, Astro Awani melaporkan penyanyi dan pelakon sensasi Ziana Zain, akhirnya membuka mulut mengenai gosip yang pernah melanda dirinya sekitar pertengahan tahun 1990-an. 

Ketika itu, bintang filem Sembilu dan Maria Mariana itu pernah digosipkan dengan seorang VIP ternama, namun Ziana jarang sekali mahu bercerita mengenai perkara itu. 

Kata Ziana, dia tidak pernah terfikir tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya menjadi penghalang untuk komited dengan kariernya dan terus berkarya. 

“Orang akan cuba gosipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar. Saya ambilnya (dengan redha) selagi ibu bapa saya tahu saya siapa, saya tahu saya siapa,” kata Ziana. 

Kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu membuat kenyataan tersebut ketika mengimbau perjalanan karier seninya sempena ulang tahun ke-30 Ziana dalam industri seni. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here