BEBERAPA pemimpin pembangkang diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 hari ini.
Turut menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
“Terima kasih kepada pasukan perubatan yang membantu dan memudahkan proses. Kerajaan harus tingkatkan pemahaman rakyat terkait vaksin serta rancak dan permudahkan pendaftaran.
Vaksin adalah ikhtiar terbaik setakat ini dalam melawan wabak Covid-19. Saya berharap dan menggesa rakyat untuk mendaftar di MySejahtera bagi pengambilan vaksin agar dapat kita bina tahap ketahanan baru dan untuk negara ini kembali pulih,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.
Kit Siang pula berkata, semua rakyat Malaysia seharusnya mendaftar dan mendapatkan vaksin untuk menamatkan pandemik Covid-19 secepat mungkin. – Malaysiapost

